Pendidikan awal di SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan selepas itu di SMK Semerak dan SMK Kamil Pasir Puteh. Melanjut pelajaran ke UKM 1985 – 1989 selama 4 tahun menghuni Kamsis Ibrahim Yaakub. Diploma Pendidikan juga di UKM Bangi pengkhususan dalam bidang sejarah. Mula jadi cikgu di SMK Gaal Pasir Puteh pada 2.5.1991 sehingga 31.12.1997. Berpindah ke SMK Jeram Pasir Puteh pada 1.1.1998 hingga 16.09.2003. Memulakan tugas baru di kampung halaman di SMK Cherang Ruku Pasir Puteh bermula 17.09.2003 hingga sekarang. Diamanahkan sebagai Guru kanan KoKurikulum di SMK Jeram pada tahun 2000 dan pada tahun 2001 dilantik sebagai penolong Kanan HEM sehinggalah sekarang. Berbagai kerenah dan ragam murid ditemui, cabaran dugaan, onak duri ditempuhi menjadikan tugas ini amat mencabar.

dancingrosered.gif

PERJALANAN HIDUP AMBO DALAM KHIJO

Sukanya hati apabila dapat buat Diploma Pendidikan di UKM tahun 1990, apa tidaknya masa tu banyak yang dok menganggur. Masa belajar di UKM ambo pernah juga menulis drama, sajak dan karya-karya lain. Ado jugak la keluar dalam radio, bangganya raso. Saing ambo hak banyak beri galakan ialah Umar Baki Aliudin asalnya dari Sabah lamo benar doh tak jumpa. Teringat pulok ambo pada seorang kawan dari kedah, pompuan namanya MILAH. Satu hari tu dio dok citer ko ambo pasal gewe dio lari, sedih benar ambo dengar sampai milah menangis dalam Library Tun Sri Lanang UKM. Dari cerita milah itu ambo pun buatlah skrip drama yang bertajuk MILAH, alhamdulillah keluarlah dalam radio masa tu. Lepas itu ambo pun terus menulis kerana tinggal di Kamsis Ibrahim Yaakob banyak idea sebab tinggi sangat.

Kena praktikal jadi guru di Muar Johor, alamak pening kepala fikir saing semua dapat balik klate ambo keno gi johor tempat hak tak biso gi. SM TUN PERAK tempat mula belajar jadi cikgu, bertugaslah sebagai guru dengan penuh semangat tapi terfikir jugak mengapa cikgu-cikgu di sini sombongnya. Sampai tempat ambo nak duduk pun tak ada, apa lagi dok la di kantin maklumlah kita orang menumpang. Selama 6 bulan di Muar macam2 citer tapi suka gak ramai anak murid yang sayang, sedih bila nak berpisah aduh tak boleh nak citer… Banyak sangat kenangan semasa di muar Johor.

Masa nak isi borang posting macam-macam spekulasi. Akhirnya ambo buat keputusan setelah fikir dengan semasak-masaknya ambo tak pilih kelate. Kata orang kalu pilih klate kita akan dihantar ke Sabah dan Sarawak. Maka ambo pun pilihlah Pahang dan Terenganu, tak pe dah nak balik pun dekat. Pendek citer sampai memo kena ngajar di Kelate dan sekolah ambo yang pertama ialah SMK GAAL Pasir Puteh, Kelantan.

Advertisements